Semoga ia dapat menjadi penguat hati wanita untuk mula menutup aurat dan kekal menutup aurat...
1. TAHU. Langkah pertama
ialah ilmu. Penting bagi Muslimah mengetahui batasan aurat, ciri-ciri
pakaian yang menutup aurat, siapa mahram dan siapa ajnabi, hukum hakam
berkenaan aurat dll.
2. SEDAR bahawa
tunuttan syariah ini amat perlu dan penting untuk dilaksanakan
sesempurna mungkin. Jangan sambil lewa dan acuh tak acuh. Soal halal
haram adalah perkara besar.
3. SYIAR. Setiap agama ada imejnya. Imej wanita Muslimah dapat dikenali melalui ciri-ciri pakaian yang menutup aurat.
4. FUNGSI CERMIN. Sebelum melangkah keluar rumah dengan yakin, tanyalah cermin, "Wahai cermin, adakah hari ini aku berpakaian menutup aurat.?"
5. ASINGKAN pakaian
kepada dua kriteria; sesuai atau tidak dipakai di hadapan ajnabi.
Pakaian yang seksi misalnya masih boleh dipakai tetapi hanya apabila
bersendirian atau di hadapan suami.
6. MALU. Wanita yang
tidak biasa mendedahkan aurat di hadapan lelaki ajnabi akan berasa malu,
takut, gelisah dan sebagainya walau sekadar bermimpi tidak bertudung.
7. Bersahabat dengan WANITA yang SOLEHAH boleh menguatkan pendirian dan langkah seseorang wanita yang ingin berusaha mengubah penampilan.
8. EKSKLUSIF. Semua
wanita itu cantik. Jika tidak manakan wanita menjadi senjata iblis
melemahkan kaum lelaki. Namun kecantikan dan keindahan tersebut Allah
kurniakan sebagai milik eksklusif wanita itu dan suaminya sahaja. Jadi
usah dipertontonkan aurat dan perhiasan secara percuma jika suami pun
perlu membayar mahar untuk memilikinya.
9. BANYAK MANFAAT.
Wanita yang menutup aurat hakikatnya akan melangkah keluar rumah dengan
selamat. Mereka tidak perlu merisaukan mata liar yang memandang.
0 comments:
Post a Comment