“Pada setiap Jumaat, selepas selesai menunaikan solat Jumaat, seorang Imam
dan anaknya yang berumur 7 tahun akan berjalan menyusuri jalan di kota itu dan
menyebarkan risalah bertajuk “Jalan-jalan Syurga” dan beberapa karya Islamik
yang lain.
Pada satu Jumaat yang indah, pada ketika Imam dan anaknya itu hendak keluar
seperti biasa meghulurkan risalah-risalah Islam itu, hari itu menjadi amat
dingin dan hujan mulai turun. Anak kecil itu mula membetulkan jubahnya
yang masih kering dan panas dan seraya berkata “Ayah! Saya dah
bersedia” Ayahnya terkejut dan berkata “Bersedia untuk apa?”.
“Ayah
bukankah ini masanya kita akan keluar menyampaikan risalah Allah” ”Anakku!
Bukankah sejuk keadaan di luar tu dan hujan juga agak lebat” ”Ayah
bukankah masih ada manusia yang akan masuk neraka walaupun ketika hujan
turun” Ayahnya menambah “Ayah tidak bersedia hendak keluar dalam keadaan
cuaca sebegini” Dengan merintih anaknya merayu “Benarkan saya pergi
ayah?” Ayahnya berasa agak ragu-ragu namun menyerahkan risalah-risalah itu
kepada anaknya “Pergilah nak dan berhati-hatilah. Allah bersama-sama
kamu!” ”Terima kasih Ayah”
Dengan wajah bersinar-sinar anaknya itu pergi meredah hujan dan susuk tubuh
kecil itu hilang dalam kelebatan hujan itu. Anak kecil itu pun menyerahkan
risalah-risalah tersebut kepada sesiapa pun yang dijumpainya. Begitu juga dia
akan mengetuk setiap rumah dan memberikan risalah itu kepada
penghuninya. Setelah dua jam, hanya tinggal satu saja risalah “Jalan-jalan
Syurga” ada pada tangannya. DIa berasakan tanggungjawabnya tidak akan selesai
jika masih ada risalah di tangannya. Dia berpusing-pusing ke sana dan ke mari
mencari siapa yang akan diserahkan risalah terakhirnya itu namun
gagal. Akhirnya dia ternampak satu rumah yang agak terperosok di jalan itu
dan mula mengatur langkah menghampiri rumah itu. Apabila sampai sahaja anak itu
di rumah itu, lantas ditekannya loceng rumah itu sekali.
Ditunggunya sebentar dan ditekan sekali lagi namun tiada jawapan. Diketuk
pula pintu itu namun sekali lagi tiada jawapan. Ada sesuatu yang memegangnya
daripada pergi, mungkin rumah inilah harapannya agar risalah ini diserahkan.
Dia mengambil keputusan menekan loceng sekali lagi. Akhirnya pintu rumah itu
dibuka. Berdiri di depan pintu adalah seorang perempuan dalam lingkungan
50an. Mukanya suram dan sedih. “Nak, apa yang makcik boleh
bantu?” Wajahnya bersinar-sinar seolah-olah malaikat yang turun dari
langit. “Makcik, maaf saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH
amat sayangkan makcik dan sentiasa memelihara makcik. Saya datang ini hanya
hendak menyerahkan risalah akhir ini dan makcik adalah orang yang paling
bertuah”. Dia senyum dan tunduk hormat sebelum melangkah pergi. ”Terima
kasih nak dan Tuhan akan melindungi kamu” dalam nada yang lembut Minggu
berikutnya sebelum waktu solat Jumaat bermula, seperti biasa Imam memberikan
ceramahnya. Sebelum selesai dia bertanya “Ada sesiapa nak menyatakan
sesuatu” Tiba-tiba sekujur tubuh bangun dengan perlahan dan berdiri. Dia
adalah perempuan separuh umur itu. “Saya rasa tiada sesiapa dalam perhimpunan
ini yang kenal saya.
Saya tak pernah hadir ke majlis ini walaupun sekali. Untuk pengetahuan anda,
sebelum Jumaat minggu lepas saya bukan seorang Muslim.Suami saya meninggal
beberapa tahun lepas dan meninggalkan saya keseorangan dalam dunia ini” Air
mata mulai bergenang di kelopak matanya. ”Pada Jumaat minggu lepas saya
mengambil keputusan untuk membunuh diri. Jadi saya ambil kerusi dan tali. Saya
letakkan kerusi di atas tangga menghadap anak tangga menuruni. Saya ikat hujung
tali di galang atas dan hujung satu lagi diketatkan di leher. Apabila tiba saat
saya untuk terjun, tiba-tiba loceng rumah saya berbunyi. Saya tunggu sebentar,
pada anggapan saya, siapa pun yang menekan itu akan pergi jika tidak dijawab.
Kemudian ia berbunyi lagi. Kemudian saya mendengar ketukan dan loceng ditekan
sekali lagi”. ”Saya bertanya sekali lagi. Belum pernah pun ada orang yang
tekan loceng ini setelah sekian lama.
Lantas saya melonggarkan tali di leher dan terus pergi ke
pintu” ”Seumur hidup saya belum pernah saya melihat anak yang comel itu.
Senyumannya benar-benar ikhlas dan suaranya seperti malaikat”. “Makcik, maaf
saya mengganggu, saya hanya ingin menyatakan yang ALLAH amat sayangkan makcik
dan sentiasa memelihara makcik” itulah kata-kata yang paling indah yang saya
dengar”. ”Saya melihatnya pergi kembali menyusuri hujan. Saya kemudian
menutup pintu dan terus baca risalah itu setiap muka surat. Akhirnya kerusi dan
tali yang hampir-hampir menyentap nyawa saya diletakkan semula ditempat asal mereka.
Aku tak perlukan itu lagi”.
“Lihatlah, sekarang saya sudah menjadi seorang yang bahagia, yang menjadi
hamba kepada Tuhan yang satu ALLAH. Di belakang risalah terdapat alamat ini dan
itulah sebabnya saya di sini hari ini. Jika tidak disebabkan malaikat kecil
yang datang pada hari itu tentunya roh saya ini akan berada selama-lamanya di
dalam neraka” Tiada satu pun anak mata di masjid itu yang masih kering.
Ramai pula yang berteriak dan bertakbir ALLAHUAKBAR! Imam lantas turun
dengan pantas dari mimbar lantas terus memeluk anaknya yang berada di kaki
mimbar dan menangis sesungguh-sungguh hatinya. Jumaat ini dikira Jumaat
yang paling indah dalam hidupnya. Tiada anugerah yang amat besar dari apa yang
dia ada pada hari ini. Iaitu anugerah yang sekarang berada di dalam pelukannya.
Seorang anak yang seumpama malaikat. Biarkanlah air mata itu menitis. Air
mata itu anugerah ALLAH kepada makhlukNya yang penyayang. Panjangkanlah risalah
ini.
Ingat ALLAH sentiasa menyayangi dan memelihara kamu!
ALLAHUAKBAR!